Friday 11 December 2015

SELAMAT DATANG KE KELAS TUISYEN SMART GENIUS


Kelas tuisyen Smart Genius yang diadakan di Masjid Al-Khairiyah, Sri Gombak bertujuan membantu, memberi bimbingan kepada pelajar dan memenuhi harapan ibu bapa mengimpikan anak-anak menempuh kehidupan dengan penuh kejayaan di masa hadapan. Kami menawarkan tuisyen subjek-subjek teras seperti B.Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah dan juga subjek pilihan kepada tingkatan 5 iaitu Matematik Tambahan dan Prinsip Perakaunan.

Small Group "konsep"
Kami menawarkan kelas tuisyen dalam kumpulan kecil iaitu maksimum pelajar dalam suatu kelas ialah 20 orang pelajar. Pembelajaran dalam kumpulan kecil ini dapat memudahkan guru-guru kami memantau perkembangan dan prestasi pelajar.

Misi Kelas Tuisyen Smart Genius

* memupuk minat belajar dalam kalangan pelajar melalui pembelajaran secara kreatif dan inovatif
* memupuk sifat rasa seronok belajar dalam diri pelajar.
* membantu pelajar memahami topik yang diajar di sekolah.